establish in 1975 the home of Fashion Education careers in fashion
  IFTC
  INTERNATIONAL ACADEMY of FASHION & DESIGN
  About IFTC & Profile   Courses   Student Runway Shows   Testimonials   Principal Profile   Twinning Degree & Seminar in Paris   Enquiries  
 



 



MOHD. NAJIB B. MOHAMED SALMAN

Testimonial

 



International Fashion Training Centre (IFTC) merupakan satu nama gah dalam industri fesyen di Malaysia. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan feysen tempatan sudah tentu nama ini tidak asing lagi. Malah, pernah melahirkan pereka fesyen berbakat besar di Malaysia malah luar negara, Dato’ Bernard Chandran.

Tanpa berfikir panjang, saya mendaftarkan diri di IFTC, untuk kursus rekaan fesyen, durasi setahun. Selain dari kelebihan prasarana yang lengkap, IFTC dilengkapi dengan tenaga-tenaga pengajar yang cukup berpengalaman. Dari kelas menjahit sehigga kelas melukis, mereka semua sedia membantu dengan pengalaman yang luas.

IFTC diketuai oleh wanita berjiwa kental yang sudah lama berkecimpung dalam bidang fesyen, di dalam negara mahupun di luar negara, Puan Annie Wong. Sebagai pengetua, beliau sangat mengambil berat kepada perkembangan dan ilmu para pelajar agar sentiasa berada di landasan yang betul. Beliau berusaha melengkapi pelajar-pelajar dengan ilmu penuh di dada sebelum keluar dari kolej agar mampu bersaing dengan graduan kolej lain.

Saya sendiri telah melibatkan diri dalam beberapa pertunjukan fesyen di ibu kota, seperti  MIFA 2009 untuk  BDA, YODA, Batik  dan pertunjukkan kolej sendiri. Selepas mendaftar sebagai pelajar di  IFTC untuk 3 bulan, saya telah mendapat tempahan pertama, sungguh memberangsangkan! Oleh itu saya yakin, pilihan saya di IFTC!

 
   

 



IFTC organizes fashion study tour and seminars to Paris annually.



IFTC is linked with Paris American
Academy in France since 1991



IFTC was awarded
Brand Excellence in the
Education Industry for
Fashion Design

 by Brand Laureate
in 2007 & 2008

2007 2008
 
 

©2010  IFTC - International Academy of Fashion & Design. | All rights reserved.
About IFTC | Principal Profile | Courses | Student Runway Shows | Students Testimonial | Degree & Seminar in Paris | Enquiry | Sitemap